Isnin, 30 Mac 2009

Pengamatan Lawatan ke Gurney

Pada 22 Mac 2009, pelajar-pelajar kuliah HMT 329 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Lebuh Gurney dan Plaza Gurney bersama dua orang pengiring iaitu pengajar HMT 329, Dr. Radiah dan seorang pengajar bahasa Korea dari Pusat Pengajian Bahasa Literasi dan Terjemahan iaitu Cik Helena. Kami telah menaiki bas pada jam 9.30 pagi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Tujuan lawatan kami adalah untuk melihat analisis kontrastif dari segi penjenamaan semula, bentuk hormat, kesalahan bahasa dan penggunaan kata panggilan.

Sepanjang perjalanan dan lawatan kami telah menemui beberapa aspek yang menjadi tumpuan kajian kami. Aspek pertama yang ditemui adalah dari segi bentuk hormat. Bentuk hormat ini telah ditunjukkan oleh dua orang pelajar kursus HMT 329 iaitu Nasibah dan Chan Yan Yi sewaktu berada di dalam bas. Mereka berdua telah bangun dari tempat duduk dan memberi ruang kepada golongan yang lebih tua yang menaiki bas tersebut apabila bas tersebut berhenti mengambil penumpang. Mereka juga bercakap secara sopan kepada orang tua tersebut, seperti “ Tak pe mak cik duduklah”.

Kami tiba di Lebuh Gurney sekitar jam 10.15 pagi dan melawat kawasan sekitarnya. Dalam perjalanan kami ke Lebuh Gurney kami telah menemui aspek penjenamaan semula. Penjenamaan semula atau re-branding atau re-packagin, menurut Kamus Dewan Edisi ketiga membawa maksud ”Pemberian Jenama (nama tertentu) kepada sesuatu barang yang dihasilkan.”. Lantas penjenamaan semula itu mengikut fahaman biasa adalah memberi nama baru kepada produk yang sama atau nama baru kepada produk yang telah mengalami penambahbaikan. Antara contoh penjenamaan semula yang ditemui ialah Fly Fm yang ditemui pada bahagian Bas Rapid Penang, penjenamaan MAXIS, HONDA, FOLLOW ME, TM dan SHARP di tempat menunggu bas dan penjenamaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang terdapat di Bas Rapid Penang yang tidak mengenakan tambang. Namun, kami agak sedih apabila melihat keadaan telefon awam yang disediakan oleh syarikat TM. Telefon awam disediakan untuk kegunaan orang awam tetapi telah disalahgunakan sehingga telefon itu tidak dapat berfungsi lagi.






Telefon awam yang dikatakan. Telefon ini tidak berfungsi apabila ganggang diangkat.



Bagi aspek kesalahan bahasa, masih banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu. Contohnya kesalahan penggunaan kata “di” sebagai kata sendi nama dan penggunaan kata “di” sebagai imbuhan kata kerja. Antara kesalahan penggunaan kata “di” sebagai imbuhan kata kerja adalah seperti dalam ayat di bawah:-

a) Kerja pembersihan sedang di jalankan
b) Di larang masuk
c) Di beri nama bersempena nama Gabenor Negeri-negeri Selat…
d) Di-larang meletakkan baisikel2 di-hadapan gudang ini.

Contoh ini telah ditemui di tandas awam yang terdapat di Padang Kota Lama. Penggunaan kata “di” dalam ayat di atas merupakan imbuhan kata kerja yang mana ejaannya perlu dirapatkan. Namun pengguna melakukan kesalahan apabila mengeja perkataan ini secara terpisah. Selain itu kesalahan penggunaan “di” sebagai imbuhan kata kerja ini juga telah ditemui di beberapa papan tanda yang terdapat di sekitar Lebuh Gurney. Sebagai contoh, dalam gambar papan tanda di bawah.

Gambar 1




Gambar 2





Gambar 3




Gambar 4




Kata “di” dalam penggunaan di papan tanda adalah merujuk kepada imbuhan kata kerja namun telah dieja secara terpisah oleh pengguna.

Bagi kesalahan penggunaan “di” sebagai kata sendi nama pula boleh juga dilihat pada papan tanda yang digunakan oleh penjual di kedai-kedai makan. Antara contoh yang dapat ditemui sewaktu berada dalam perjalanan ke Lebuh Gurney ialah dalam ayat berikut:

a) Kari kepala ikan ada dijual disini.

Dalam ayat di atas penggunaan kata “di” ialah sebagai kata sendi nama iaitu untuk menunjukkan tempat dan sepatutnya dieja secara terpisah, namun dalam ayat yang ditemui, kata “di” dieja secara rapat dengan perkataan “sini” yang menunjukkan tempat. Hal yang sama juga dapat ditemui pada papan tanda yang terdapat di Kota Cornwallis iaitu seperti di dalam ayat dan gambar di bawah :

a) Dilarang memanjat. Tembok diatas bervoltan tinggi.
b) Perhentian bas ini telah ditempatkan semula ke tapak disebelah Gudang 8.
c) Menjadi yang pertama di kalangan…


Gambar 5



Gambar 6


Gambar 7




Penggunaan kata “di” dalam ayat di atas adalah sebagai kata sendi nama yang sepatutnya dieja terpisah tetapi pengguna mengejanya secara rapat.

Selain itu, kami turut menemui kesalahan ejaan bagi ejaan kata majmuk. Sebagai contoh kata majmuk hak milik. Pengguna mengeja perkataan hak milik ini secara rapat iaitu hakmilik sedangkan perkataan hak milik ini merupakan kata majmuk yang belum mantap dan sepatutnya dieja secara terpisah. Buktinya dapat dilihat dalam gambar di bawah :


Gambar 8





Di samping itu, terdapat juga kesalahan penggunaan kata yang tidak sesuai yang dapat dilihat pada papan iklan dan papan tanda seperti dalam ayat dan gambar di bawah:

a) Happy hair is beautiful hair
Ayat ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai “ rambut yang sihat ialah rambut yang cantik”. Penggunaan kata “happy” dilihat tidak bersesuaian dengan terjemahannya.

Gambar 9




Selain itu, terdapat juga perkataan bahasa Inggeris yang tidak setara dengan terjemahan bahasa Melayu yang disertakan. Antaranya ialah perkataan ‘masuk’ dan “way in”. “Way in” jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu ialah “jalan masuk”. Selain itu, dalam ayat “kawalan sprinkler injap dan pam”, diterjemahkan sebagai “sprinkler control valves and pumps” menunjukkan bahawa perkataan bahasa Inggeris “sprinkler” dikekalkan dalam bahasa Melayu. Perkataan bahasa Melayu yang sepatutnya digunakan ialah “perenjis”. Contoh-contoh kesalahan lain yang boleh dilihat ialah:
a) Ayat sumber,
TEMPAT LARANGAN. DI LARANG MASUK JUKA TIADA KEBENARAN
Ayat sasaran,
PROTECTED PLACE. NO ADMITTANCE TO UNAUTHORISED PERSON
b) Ayat sumber
Di beri nama bersempena nama Gabenor Negeri-negeri Selat 1880-1887, Sir Federick Weld. Jalan baru dibina di persisiran laut, selari dengan lebuh Pantai selepas tebus guna tanah pada tahun 1880an.

Ayat sasaran
Named after Sir Frederick Weld, Gavernor of Straits Settlements 1880-1887. Beach Street used to have sea frontage until land reclamation in 1880’s move.

Gambar 10




Gambar 11




Gambar12





Gambar 13






Di samping itu, terdapat juga kesalahan penggunaan kata yang dieja secara terbalik pada satu papan tanda iklan seperti ejaan yang terdapat pada Ambulans. Kesalahan ini dapat dilihat pada perkataan “SALE” di sebuah kedai di Plaza Gurney. Malahan, terdapat juga kedai yang menggunakan satu huruf untuk mewakili dua perkataan yang berbeza. Contohnya dapat dilihat dalam perkataan dan gambar di bawah :

Gambar14



Gambar 15




Seterusnya ialah analisis terhadap dapatan di Plaza Gurney. Secara keseluruhannya, kebanyakan premis dan kedai yang terdapat di Plaza Gurney merupakan kedai yang eksklusif dan para pekerjanya dilihat berbangsa Cina. Dari segi penggunaan bahasa pula, mereka lebih banyak bertutur dalam bahasa Cina dan ada juga yang bertutur di dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Kami mendapati, pekerja yang sama bangsa seperti pekerja berbangsa Cina, mereka bertutur dengan rakan sekerja menggunakan bahasa Cina. Apabila kami memasuki kedai, mereka menggunakan bahasa Cina untuk bercakap dengan Suan dan mereka menggunakan bahasa Inggeris untuk bercakap dengan pelajar berbangsa Melayu.


Terdapat juga pekerja Cina yang fasih berbahasa Melayu yang ditemui seperti kedai “Laser” yang menjual CD dan VCD yang kami kunjungi. Pekerjanya menuturkan bahasa Melayu walaupun Suan ada bersama kami. Selain itu, terdapat juga pekerja yang bertutur menggunakan percampuran kod dan menggunakan bentuk panggilan I dan you. Situasi ini dapat dilihat apabila pekerja Melayu bercakap dengan pekerja berbangsa Cina. Mereka juga dilihat menggunakan percampuran kod iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Gambar 16



Kedai CD dan VCD yang menuturkan bahasa Melayu dengan fasih.

Semasa kami memasuki kedai yang menjual cheongsam, kami disambut oleh pekerja berbangsa Cina separuh umur. Beliau bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih. Apabila diteliti, terdapat juga baju cheongsam yang dijual menggunakan elemen batik. Oleh itu kami dapat mengagak, mungkin beliau adalah berketurunan Baba dan Nyonya.

Selain itu terdapat pekerja berbangsa Cina yang terus bercakap menggunakan bahasa Cina apabila melihat Suan datang ke kedai mereka walaupun kami ada bersama Suan. Pekerja berbangsa Cina ini terus menggunakan bahasa Melayu apabila Suan menyatakan bahawa beliau tidak memahami apa yang dikatakannya. Namun, pekerja tersebut memandang pelik kepada Suan dan pekerja tersebut ada berkata dalam bahasa Cina kepada rakannya bahawa “Suan nampak seperti Cina tetapi kenapa tidak faham apabila beliau bercakap bahasa Cina”. Situasi ini telah berlaku di kedai menjual alat mekap iaitu Sasa.

Gambar 17








Pekerjanya menuturkan bahasa Cina dengan Suan dan agak pelik apabila Suan tidak memahami bahasa Cina.

Terdapat juga penjual berbangsa Cina yang sukar menterjemahkan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Hal ini telah berlaku di sebuah kedai pakaian ekslusif yang telah dimasuki oleh Huda dan Suan. Pekerjanya pada mulanya bercakap menggunakan bahasa Inggeris tetapi apabila Huda menyatakan bahawa beliau tidak faham, beliau cuba bercakap menggunakan bahasa Melayu. Namun, beliau dilihat agak sukar untuk menterjemahkan apa yang dituturkannya dalam bahasa Inggeris sebelum ini kepada Huda apabila Huda bertanya kepadanya “Apa yang awak cakap? Saya tak fahamla.” Intonasi yang digunakan agak lambat berbanding semasa bertutur menggunakan bahasa Inggeris. Hal ini mungkin terjadi kerana kedai yang kami masuki itu menjual pakaiaan-pakaian ekslusif yang sesuai ke pejabat. Oleh itu, beliau mungkin mempunyai tanggapan yang tinggi terhadap kami.

Gambar 18



Kedai pakaian ekslusif yang dimaksudkan.

Dalam hal lain, terdapat premis terbuka yang penjualnya hanya menuturkan bahasa Cina walaupun terdapat pelanggan berbangsa Melayu yang melihat beliau mempromosi barangan jualannya, namun penjual tersebut langsung tidak menggunakan bahasa Melayu. Hal ini dapat dilihat sewaktu kami melihat seorang penjual Cina mempromosi barangan elektrik iaitu sebuah seterika elektrik yang canggih berjenama Multisteamer. Walaupun terdapat pelanggan berbangsa Melayu di situ, beliau tidak mengendahkannya dan terus bercakap dan mempromosi barangnya menggunakan bahasa Cina. Hal ini mungkin kerana pengunjung berbangsa Cina lebih ramai berbanding pengunjung berbangsa Melayu.

Bagi aspek penggunaan bentuk panggilan pula, terdapat juga pekerja yang menggunakan bentuk panggilan apabila kami memasuki kedai mereka seperti penggunaan bentuk panggilan Miss, Cik yang digunakan oleh penjual di kedai Elements, Laser, Sasa dan Thefaceshop yang dimasuki oleh Huda dan Suan. Namun begitu, tedapat juga penjual yang menggunakan bentuk panggilan dan kata sapaan yang kurang sesuai seperti yang digunakan oleh pekerja perempuan berbangsa Melayu di Habib Jewels yang menyapa kami dengan panggilan “adik” dan agen Celcom berbangsa Cina yang menyapa kami dengan panggilan “kak”. Walaupun begitu, terdapat juga kedai-kedai yang pekerjanya mengabaikan aspek panggilan dan bentuk sapaan ini. Mereka bertanya tanpa menggunakan panggilan. Contohnya, “Mahu kasut macam mana?” dan “want to try it”.

Sepanjang pemerhatian kami, kami juga tertarik kepada sekumpulan pelancong Arab yang mengunjungi sebuah kedai di Gurney Plaza. Kami menghampiri mereka untuk mengetahui bahasa yang akan mereka gunakan. Seperti biasa, kami menjangkakan mereka akan menggunakan bahasa Inggeris. Namun sangkaan kami agak meleset, mereka hanya menggunakan ungkapan “how much” dan “thank you” sahaja dalam bahasa Inggeris. Mereka tetap bertutur dalam bahasa ibunda dan menggunakan isyarat kepada penjual untuk mewakili ungkapan yang ingin diujarkan. Penjual menggunakan kalkulator untuk menunjukkan harga selepas diskaun kepada mereka. Penjual itu juga dilihat tidak berkomunikasi secara lisan dengan mereka.

s1600-h/DSC00647.JPG">

Sekumpulan pengunjung Arab yang dimaksudkan. Namun kami hanya
sempat mengambil gambar di bahagian belakang.

Kesimpulannya, banyak aspek dapat dikaji dan diperolehi sepanjang lawatan ini. Kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh pengguna dalam menuturkan bahasa Melayu adalah dari aspek penggunaan bentuk panggilan, dan kesalahan ejaan. Penggunaan bentuk panggilan yang betul oleh pekerja kedai adalah penting untuk menunjukkan tanda hormat kepada pengunjung. Begitu juga dengan kesalahan ejaan, ia tidak sepatutnya berlaku di tempat-tempat awam yang sentiasa dikunjungi oleh orang awam. Kesalahan bahasa ini perlu diperbaiki dan ditangani bagi memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia kerana banyak pelancong asing yang mengunjungi Pulau Pinang. Kerajaan juga boleh mengambil tindakan yang sewajarnya seperti mengenakan denda dan kempen bagi mengatasi kesalahan penggunaan bahasa ini.



Sabtu, 7 Mac 2009

Boikot KFC Malaysia?

Ramai yang beranggapan KFC dari Amerika dan kerana Amerika sokong Israel, jadi kita perlu boikot KFC. Memang tidak dinafikan Kentucky Fried Chicken asalnya dari North Corbin, Kentucky, US dan bermula sejak 1929 lagi. Tapi tahukah anda siapa yang menguruskan KFC di Malaysia? Baca seterusnya..
Kulim (M) Berhad adalah antara anak syarikat Jcorp atau Johor Corporation dalam bidang perladangan kelapa sawit pada asalnya. Tahun demi tahun, Kulim Bhd ini telah melangkah lebih jauh. Begitulah sehingga Jcorp melalui Kulim (M) Bhd berjaya mendapatkan QSR Brands Bhd yang mana pemegang saham terbesar KFC Malaysia.
Selain Restoran KFC yang kita selalu gi makan tu, KFC Holdings juga mempunyai beberapa lagi anak syarikat yang kita semua pasti tahu iaitu Pizza Hut, Rasa Ayamas dan Sos Life. Anda boleh layari laman web mereka untuk mendapatkan info lanjut, Kulim (Malaysia) Berhad, QSR Brands Berhad, KFC Holdings Berhad, Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd dan Ayamas Food Corporation Bhd.
Kajian saya ini bagi mengesahkan bahawa penerangan oleh email dari Muhamad Ammar Abdullah, Halal Audit Executive, KFC Holdings (M) Bhd adalah benar. Email beliau adalah seperti berikut.
Tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata “baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin”… .dah banyak sms yang saya dapat…daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.
Untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.
akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :
Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)
tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.
sekian.
Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
http://wanmus.com/boikot-kfc-malaysia.html