Jumaat, 6 Februari 2009

Hmt 329: CARA MENYEBUT GONG XI FA CHAI DALAM TIGA DIALEK

Gung Hi Fa Chai (Hakka)
Gong Xi Fa Chai (Mandarin)
Gong Hei Fat Choi (Kantonis)
HMT329: PEMILIKAN

1.0 Pendahuluan
Perbincangan ini melibatkan dialek utara dan dialek Mandarin. Maklumat dialek utara telah diberikan oleh Siti Nurhuda dan maklumat dialek Mandarin diberikan oleh Ooi Yun Kean.

2.0 Tujuan
Tujuan perbincangan ini dibuat adalah untuk membuat perbandingan konsep punya/milik antara kedua-dua dialek ini.

3.0 Analisis Data
3.1 Konsep milik adalah berbeza-beza mengikut bahasa. Berdasarkan bahasa-bahasa dialek ini, terdapat pelbagai perbezaan konsep milik/ punya. Perbandingan pertama dibuat pada perbezaan konsep milik terhadap struktur nama masing-masing. Dalam dialek utara, perkataan binti menunjukkan konsep milik 'anak saya' dalam Siti Nurhuda binti Saari dan Mandarin pula nama keluarga diletakkan di hadapan nama untuk membawa maksud bahawa beliau adalah keturunan keluarga tersebut. Contohnya, Ooi adalah nama keluarga kepada Yun Kean dan nama beliau ditulis sebagai Ooi Yun Kean.

3.2 Perbandingan kedua dibuat pada struktur ayat untuk menunjukkan milik/punya, iaitu dalam Mandarin, perkataan yang menunjukkan konsep milik/punya berada di antara pemilik dengan objek. Dalam dialek utara pula, objek dan pemilik sudah cukup menggambarkan bahawa objek adalah milik orang tersebut. Contohnya dalam Mandarin 'de' yang menunjukkan maksud punya berada di antara 'wo' dan 'jia' yang ditulis sebagai 'wo de jia' yang bermaksud rumah ini adalah kepunyaan saya. Contoh dalam dialek utara pula, 'Ini rumah saya', ditulis sebagai “Ini rumah kami' ataupun “Ini rumah chek' menunjukkan bahawa rumah itu adalah kepunyaan 'kami', dan 'chek'. Antara perkataan rumah dan kami mempunyai unsur 'Ø' yang menggugurkan perkataan kepunyaan.

3.3 selain itu, untuk menunjukkan bahawa rumah itu adalah kepunyaan ibu saya dalam Mandarin ialah 'wo ma ma de jia'. Manakala dalam dialek utara ia ditulis sebagai rumah mak saya. Di sini, perbandingan boleh dilihat pada perkataan wo ma ma de jia jika diterjemah kepada bahasa Melayu menunjukkan 'saya ibu punya rumah'. Dalam ayat ini juga wujud unsur pengguguran iaitu antara perkataan 'wo' dengan 'ma ma'. Perkataan yang digugurkan ialah menunjukkan kepunyaan iaitu sepatutnya ditulis sebagai 'wo de ma ma'. Begitu juga dengan dialek utara, antara perkataan mak dan kami mempunyai unsur Ø terhadap perkataan kepada. Susunan struktur ayatnya adalah berbeza dengan dialek utara walaupun kedua-duanya adalah menunjukkan konsep kepunyaan.

Mandarin Dialek utara
wo ma ma de jia (rumah kepunyaan mak kepada saya) Rumah mak kami (rumah kepunyaan mak kepada saya)

3.4 Di samping itu, dalam dialek utara terdapat istilah lain yang menunjukkan konsep kepunyaan iaitu 'hat'. Contohnya, rumah itu hat kami. Perkataan 'hat' ini menunjukkan maksud kepunyaan manakala dalam Mandarin istilah kepunyaan ditulis sebagai 'de'. Dalam dialek utara, wujud juga konsep milik menggunakan imbuhan. Misalnya dalam ayat 'Kalau beduit, semua boleh beli.' Ayat ini ditulis dalam bahasa Melayu Standard sebagai 'Kalau berduit, semua boleh dibeli', yang bermaksud, jika mempunyai duit, semua boleh dibeli'. Oleh itu, perkataan mempunyai di gantikan dengan imbuhan 'be-' dalam dialek utara.


4.0 penutup
kesimpulannya, terdapat pelbagai perbezaan antara dialek utara dan Mandarin dalam konsep punya/milik.

Perbincangan:
Ooi Yun Kean
Siti Nurhuda binti Saari

Khamis, 5 Februari 2009

HMT 329:Meet Uncle Hussein <> Jumpa Pak Husin Lagu untukmu <> A Song for You.

Lagu untukmu yang dinyanyikan oleh Meet Uncle Hussein, menunjukkan bahawa 'aku' merujuk kepada lelaki dan 'kau' adalah seorang perempuan. Hal ini boleh dibuktikan dengan baris 'Melayan sikapmu perawan'.Oleh itu, lagu ini seolah-olah menggambarkan perasaan 'aku' kepada 'kau'.

Perbandingan lain yang boleh dilihat selain lelaki dan wanita,ialah 'aku' sangat mencintai 'kau' tetapi 'kau' tidak mencintai 'aku'. 'aku' adalah tetap dirinya, beliau tidak boleh mengubah dirinya menjadi orang lain. Hal ini kerana perempuan itu mencintai orang lain. Walaupun mencintai orang lain,'kau' masih ingin bersama dengan 'aku'.

Selain itu, walaupun 'aku' yang mencintai 'kau', namun 'aku' yang meminta perpisahan kerana 'kau' hanya mempermainkan perasaan 'aku'. 'Kau' sering berubah-ubah sikap, hatinya seolah-olah diberikan kepada dua orang yang berbeza.Oleh sebab 'aku'sudah tidak faham lagi dengan sikap 'kau',malah mereka juga selalu berselisih pendapat, maka 'aku berharap agar 'kau' dapat melepaskannya supaya hubungan mereka tidak lagi diteruskan.