Isnin, 12 Januari 2009

हमत

HMT 329:Ayat yang mematuhi aturan kata Subjek, Kata Kerja (S,K)
1. Dalam pertempuran awal pagi itu,sembilan askar Yahudi terbunuh.
Adv S K
A. Penentuan Subjek dan Predikat dalam Ayat

Subjek: Sembilan askar Yahudi
Predikat: Dalam pertempuran awal pagi…. terbunuh

Soalan: Dalam pertempuran awal pagi, siapakah yang terbunuh?
[Dalam pertempuran awal pagi, sembilan askar Yahudikah yang terbunuh?]

Jawapan: Sembilan askar Yahudi yang terbunuh.

Keputusan:
Subjek dalam ayat ‘Dalam pertempuran awal pagi itu,sembilan askar Yahudi terbunuh’ ialah ‘Sembilan askar Yahudi ’ kerana ia (a) boleh menggantikan kata ‘siapa’ dalam ‘soalan’ dan (b) ia hadir sebelum kata ‘yang’ dalam bahagian ‘jawapan’.

Predikat dalam ayat ‘Dalam pertempuran awal pagi itu, sembilan askar Yahudi terbunuh’ ialah ‘Dalam pertempuran awal pagi…. terbunuh’ kerana ia hadir selepas kata ‘yang’ dalam bahagian‘jawapan’.

C. Ujian Posisi Subjek

Suatu KK tidak boleh menduduki posisi subjek dalam ayat.

[Sembilan askar Yahudi] terbunuh. [√] kerana ‘Sembilan askar Yahudi’ ialah KN.
*[Menembak] terbunuh. [X] kerana ‘Menembak’ ialah KK.

* ‘Terbunuh’ ialah kata kerja tak transitif tanpa pelengkap. Oleh itu,ia tidak memerlukan kehadiran objek.


2.Kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni.
S K

A. Penentuan Subjek dan Predikat dalam Ayat

Subjek: Kebanyakan rumah
Predikat: tidak lagi berpenghuni

Soalan: Apakah yang tidak lagi berpenghuni?
[Kebanyakan rumahkah yang tidak lagi berpenghuni?]

Jawapan: Kebanyakan rumah yang tidak lagi berpenghuni

Keputusan:
Subjek dalam ayat ‘Kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni’ialah ‘Kebanyakan rumah ’ kerana ia (a) boleh menggantikan kata ‘apa’ dalam ‘soalan’ dan (b) ia hadir sebelum kata ‘yang’ dalam bahagian ‘jawapan’.

Predikat dalam ayat ‘Kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni’ ialah ‘tidak lagi berpenghuni’ kerana ia hadir selepas kata ‘yang’ dalam bahagian‘jawapan’.

B.Ujian Posisi Subjek

Suatu KK tidak boleh menduduki posisi subjek dalam ayat.

[Kebanyakan rumah] tidak lagi berpenghuni. [√] kerana ‘Kebanyakan rumah’ ialah KN.
*[Menjerit] tidak lagi berpenghuni. [X] kerana ‘Menjerit’ ialah KK.


- Berpenghuni merupakan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang tidak memerlukan sebarang unsur atau objek untuk melengkapkan maksud ayat.


3. Sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awam terkorban.
S K
A. Penentuan Subjek dan Predikat dalam Ayat

Subjek: Sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awam
Predikat: terkorban.

Soalan: Apakah yang terkorban?
[Sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awamkah yang terkorban?]

Jawapan: Sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awam terkorban

Keputusan:
Subjek dalam ayat ‘Sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awam terkorban ’ialah ‘Sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awam’ kerana ia (a) boleh menggantikan kata ‘apa’ dalam ‘soalan’ dan (b) ia hadir sebelum kata ‘yang’ dalam bahagian ‘jawapan’.

Predikat dalam ayat ‘Sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awam terkorban’ ialah ‘terkorban’ kerana ia hadir selepas kata ‘yang’ dalam bahagian‘jawapan’.

B. Ujian Posisi Subjek

Suatu KK tidak boleh menduduki posisi subjek dalam ayat.

[Sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awam] terkorban. [√] kerana ‘Sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awam’ ialah KN.
*[Menjerit] terkorban. [X] kerana ‘Menjerit’ ialah KK.


- terkorban merupakan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang tidak memerlukan sebarang unsur atau objek untuk melengkapkan maksud ayat.


3. Hamas pula bertindak balas.
S K

A. Penentuan Subjek dan Predikat dalam Ayat

Subjek: Hamas
Predikat: pula bertindak balas.

Soalan: Siapakah pula yang bertindak balas?
[Hamaskah pula yang bertindak balas?]

Jawapan: Hamas pula bertindak balas

Keputusan:
Subjek dalam ayat ‘Hamas pula bertindak balas’ialah ‘Hamas’ kerana ia (a) boleh menggantikan kata ‘siapa’ dalam ‘soalan’ dan (b) ia hadir sebelum kata ‘yang’ dalam bahagian ‘jawapan’.

Predikat dalam ayat ‘Hamas pula bertindak balas’ ialah ‘bertindak balas’ kerana ia hadir selepas kata ‘yang’ dalam bahagian‘jawapan’.

B. Ujian Posisi Subjek

Suatu KK tidak boleh menduduki posisi subjek dalam ayat.

[Hamas] bertindak balas. [√] kerana ‘Hamas’ ialah KN.
*[Menjerit] bertindak balas. [X] kerana ‘Menjerit’ ialah KK.


- bertindak balas merupakan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang tidak memerlukan sebarang unsur atau objek untuk melengkapkan maksud ayat.

Ayat yang mematuhi aturan kata Subjek, Kata Kerja, Keterangan (S, K, Ket,)
1. Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel.:
i) Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas.
S K Ket
A. Penentuan Subjek dan Predikat dalam Ayat

Subjek: Serangan darat tentera Yahudi itu
Predikat: bagaimanapun dibalas pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel.

Soalan: Apakah yang dibalas pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel.?
[Serangan darat tentera Yahudi itukah yang bagaimanapun dibalas pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel.]

Jawapan: Serangan darat tentera Yahudi itu yang bagaimanapun dibalas pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel.

Keputusan:
Subjek dalam ayat ‘Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel’ ialah ‘Serangan darat tentera Yahudi itu ’ kerana ia (a) boleh menggantikan kata ‘apa’ dalam ‘soalan’ dan (b) ia hadir sebelum kata ‘yang’ dalam bahagian ‘jawapan’.

Predikat dalam ayat ‘Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel’ ialah ‘bagaimanapun dibalas pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel.’ kerana ia hadir selepas kata ‘yang’ dalam bahagian‘jawapan’.

B. Ujian Posisi Subjek

Suatu KK tidak boleh menduduki posisi subjek dalam ayat.

[Serangan darat tentera Yahudi itu] bagaimanapun dibalas pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel. [√] kerana ‘Serangan darat tentera Yahudi itu’ ialah KN.
*[Lari] bagaimanapun dibalas pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel. [X] kerana ‘lari’ ialah KK.


C. Ujian keterangan.
Unsur keterangan boleh digugurkan
Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas.
Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas.

ii) PRO bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka
S K Ket

*PRO ialah Askar Israel.

A. Penentuan Subjek dan Predikat dalam Ayat

Subjek: Askar Israel
Predikat: bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka.

Soalan: Siapakah yang bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka?
[Askar Israelkah yang yang bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka?]

Jawapan: Askar Israel yang bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka .

Keputusan:
Subjek dalam ayat ‘Askar Israel yang bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka’ ialah ‘askar Israel’ kerana ia (a) boleh menggantikan kata ‘siapa’ dalam ‘soalan’ dan (b) ia hadir sebelum kata ‘yang’ dalam bahagian ‘jawapan’.

Predikat dalam ayat ‘Askar Israel yang bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka’ ialah yang bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka’ kerana hadir selepas ‘yang’ dalam bahagian‘jawapan’.

B. Ujian Posisi Subjek

Suatu KK tidak boleh menduduki posisi subjek dalam ayat.

[Askar Israel] bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka.[√] kerana ‘askar Israel’ ialah KN.
*[Memasak] bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka. [X] kerana ‘memasak’ ialah KK.

Kumpulan Perbincangan:
24. SITI NURHUDA BINTI SAARI
28. WAN NORHANA BT ISMAIL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan