Khamis, 15 Januari 2009

HMT 329: SOAL SELIDIK RAKAN TERDEKAT TENTANG YASEER ARAFAT

Kaedah: Bertanya secara lisan sama ada mereka mengenali Yaseer Arafat ataupun tidak.

Informan Pertama: Beliau mengenali Yaseer Arafat dengan baik. Apabila ditanya,beliau menceritakan keperibadian dan perjuangan Yaseer Arafat.

Informan Kedua: Beliau menyatakan bahawa beliau mengenali Yaseer Arafat, tetapi apabila ditanya siapa, beliau menyatakan bahawa beliau tidak tahu.

Informan Ketiga: Beliau menyatakan bahawa beliau mengenali Yaseer Arafat, tetapi apabila ditanya siapa, beliau tidak dapat menyatakan siapakah Yaseer Arafat. Walau bagaimanapun, beliau mengetahui bahawa Yaseer Arafat mempunyai kaitan dengan negara Palestin.

Informan Keempat: Beliau menyatakan bahawa beliau mengenali Yaseer Arafat, dan apabila ditanya siapa, beliau menyatakan bahawa Yaseer Arafat merupakan ketua negara Palestin.

Informan Kelima: Beliau menyatakan bahawa beliau mengenali Yaseer Arafat dan menyatakan serba sedikit maklumat tentang Yaseer Arafat. Antaranya ialah beliau merupakan bekas Perdana Menteri Palestin, tetapi sudah meninggal dunia. Beliau berjuang untuk negara Palestin sejak dirinya masih remaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan