Rabu, 7 Januari 2009

Dialek Utara <> Bahasa Melayu Standard

1. Aku ghindu kat mak ngan ayah kat kampong.
Saya rindu kepada emak dan ayah di kampung.

2. Cek susah hati dapat tau ayah saket.
Saya susah hati apabila mengetahui ayah sakit.

3. Emak maghah kat adek sebab pi makan laok hat nak simpan kat abang.
Emak memarahi adik kerana makan lauk yang ingin disimpan kepada abang.

4. Alia dah buleh makan nasik sebab dah ada gigi.
Alia dah boleh makan nasi kerana sudah mempunyai gigi.

5. Kita kena bedoa kat oghang Palastin sana nuh.
Kita perlu berdoa kepada rakyat Palestin.

6. Siti, hang nak pi mana pakai lawa-lawa ni?
Siti, awak hendak ke mana dengan berpakaian cantik ini?

7. Lepaih kita makan aku nak balek bilek teghuih.
Selepas kita makan saya hendak terus balik ke bilik.

8. Kawan aku hat come tu nama dia Husna.
Kawan saya yang comel itu bernama Husna.

9. Lin nak tambah yunit kusuih, tapi dekan tak bagi.
Lin hendak menambah unit kursus, tetapi dekan tidak membenarkannya.

10. Desasiswa Saujana nu banyak anjin ngan kucin, tapi tak penah bergadoh.
Desasiswa Saujana terdapat banyak anjing dan kucing, tetapi tidak pernah bergaduh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan