Isnin, 12 Januari 2009

Pengamatan Kuliah 1- 08/01/2009, Khamis (Malam)
- Terdapat tiga faktor yang menentukan aturan kata iaitu
a)Keseringan
b)Ketertandaan
c)Keneutralan konteks secara pragmatik

Keseringan
-Merujuk kepada kehadiran sesuatu bentuk dalam konteks ayat.
-Bentuk-bentuk yang sering wujud, iaitu mempunyai korpus yang besar dalam pengiraan peratusan.
-Contohnya bentuk aturan kata SKO,SOK,SK dan sebagainya.
-Kebiasaannya ayat dalam bahasa Melayu berpolakan ‘head initial’atau subjek, kata kerja, objek (SKO).
-Keseringan memerlukan pengiraan tentang jumlah pola-pola yang wujud dalam sesuatu data.
-Malahan, kebiasaannya bentuk SKO berjumlah melebihi 90%.
-Contoh:
Amin keletihan
-Subjek hadir dahulu, jadi ia merupakan pra posisi.

Ketertandaan
- Merujuk kepada bentuk yang jarang digunakan.
- sesuatu perkara yang jarang digunakan bermaksud ketertandaan, manakala perkara yang selalu digunakan adalah tidak bertanda.
- Contohnya, bahasa Melayu biasanya mempunyai aturan ‘head initial’ atau kepala awal. Oleh itu, bentuk yang mempunyai aturan ‘head-final’ atau kepala akhir merupakan bentuk bertanda.
- Contoh lain:
1.Apabila pelajar berkomunikasi dengan pensyarah atau di pejabat kerajaan, dialek merupakan bentuk bertanda kerana pelajar kebiasaannya akan menggunakan bahasa standard.
2.Dalam konteks hiburan dalam negara, penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza, kebiasaannya menggunakan kata ganti nama diri pertama sebagai ‘Siti’ apabila muncul di kaca televisyen. Oleh itu, jika beliau menggunakan kata ganti nama diri pertama sebagai ‘saya’, maka ia menjadi ketertandaan.
3. Dalam artikel ‘Israel serang Gaza’ pola SKO merupakan bentuk tidak bertanda manakala pola SK merupakan bentuk bertanda kerana jarang digunakan.

Keneutralan Konteks Secara Pragmatik
- Apabila melihat aturan kata, unsure-unsur pragmatik dan konteks tidak perlu diambil kira.
- Misalnya, dalam sesuatu ayat, keterangan biasanya berada di belakang, tetapi apabila ia dikehadapankan, maka unsur keterangan perlu diabaikan kerana unsur-unsur pragmatik dan konteks telah dimasukkan.
- Dalam sesuatu ayat, jika unsur di hadapan tidak mempunyai kaitan dengan ayat yang berikutnya, maka unsur tersebut tidak perlu diambil kira.
-Contohnya:
Tak patut, tak patut. Dia tak patut buat kerja seperti itu.
-Namun, sesuatu unsur yang kita boleh selitkan antara dua perkataan, dan ada hubungannya dengan ayat berikut, perlu diambil kira konteksnya.
-Contohnya:
Selepas melancarkan serangan udara selama lapan hari, tentera Yahudi awal pagi semalam mara memasuki Gaza.
-Terdapat unsur subjek yang boleh diselitkan antara perkataan ‘selepas’ dan ‘melancarkan’ dalam ayat di atas, maka konteks ini diambil kira.

Kumpulan Perbincangan:
24. SITI NURHUDA BINTI SAARI
28. WAN NORHANA BT ISMAIL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan